Jumaat, 12 Februari 2016

Jeans Handbags Tangan Untuk Saya

Jeans Handbags Di Jahit Tangan Untuk Saya

 cthoney gift

Tutorial buat beg jeans dari cthoney :
1- Tutorial- beg jeans mama ranggi(1)
2- Tutorial- beg jeans mama ranggi(2)

CARA - CARA MENJAHIT BAG JEANSRANGGI YANG DIJAHIT OLEH CT

Dapatkan 2 warna kain jeans.1 warna boleh diambil dari
lebihan seluar jeans yang kita buat beg ini iaitu dibahagian
 kaki.Potong dengan ukuran 3x3'.Jumlahnya bergantung kelebaran beg.Untuk beg Ct,16 kpg berwarna gelap,16 kpg berwarna terang.
Dijahit bersama.Mesti dapat 16 kpg
Selepas itu dijahit pula seperti gambar diatas
Untuk lebih jelas,inilah hasilnya setelah dicantum dan dijahit.
Potong kain berwarna gelap berukuran 5' panjang dan lebarnya mengikut ukuran kain yang dicantumkan tadi
Cantumkan kain seperti gambar diatas
Lipat kain sama panjang dan jahit lurus dikiri kanannya
Beg yang separuh siap selepas dijahit kiri dan kanan tepinya
Jahit pula dikedua-dua bucu beg anggaran 2'
 Lebihan kainnya hendaklah digunting.
 
Terbalikkan beg separuh siap tadi.Ambil seluar jeans yang
telah dipotong bawahnya.Selalunya Ct akan potong dibawah
poket seluar belakang.

Contoh had yang sepatutnya dipotong untuk membuat beg.Jika mahukan beg menjadi panjang bolehlah  digunting  lebih lagi dari bawah poket

Masukkan bahagian B (pastikan bahagian jahitan disebelah
dalam) dan bahagian A(pastikan bahagian jahitan disebelah
luar).Maknanya bahagian luar B dan A mesti sama.Kalau
tak faham bahasa Ct ni tengok gambar betul-betul.

Samakan kain bahagian A dan B dan dijahit.

 MEMBUAT TALI BEG (C)
Potong kain warna gelap yang berukuran 3' lebar dan panjangnya
mengikut kehendak anda sama ada mahukan tali beg pendek
atau panjang.

Lipat kain sama panjang dan jahit lurus
Untuk bahagian yang lagi satu pula hendaklah dilipat rujuk ( gambar No 2) dan dijahit lurus juga.

Tali beg yang dah siap.Ct terpaksa membuat sambungan kain sebab tak cukup panjang.

Pasangkan tali didalam beg.Ukuran untuk jaraknya kena adjust sendirilah ye.

BAHAGIAN DALAM BEG (D)
Potong 2 helai kain mengikut saiz beg (lebihkan sebanyak 2'dibahagian atas dan juga untuk bahagian yang hendak dijahit nanti) dan dijahit lurus di sebelah kiri,kanan dan bawah seperti gambar diatas.
Jahit dikedua-dua bucunya sama seperti kita membuat beg jeans.

Gunting lebihan kain 

Lipatkan bahagian atas kedalam sebanyak  2'.Sterika lipatan tersebut supaya senang bila  menjahit nanti.

Masukkan kain kedalam beg (bahagian yang dilipat tadi kedalam).Sematkan peniti supaya senang menjahit dan pastikan lebihan tali beg tidak nampak.Mula menjahit dengan perlahan supaya jarum mesin jahit tidak patah.Kalau yang mesin mahal memang tak ada masaalah tapi bagi Ct yang mesin jahit antik ni,entah berapa batang jarum patah nak siapkan satu beg jeans.Jika mahu jahitan kemas,ikut sahaja jahitan asal seluar jeans.Anda boleh ikut jahitan asalnya dibahagian atas atau bawah pinggang.Lihat gambar dibawah. 



Gambar menunjukkan jahitan asal bahagian pinggang seluar jeans

Jika mahukan lebih menarik anda bolehlah meletakkan bunga,reben dll.Untuk membuat bunga ini  Ct dapat tutorialnya dari ADR'S Treasures 

Selasa, 9 Februari 2016


JeansRanggi Bag


Kami adalah satu cabang perniagaan beg fesyen yang diperbuat daripada kain jeans  pelbagai jenis. 
Pengalaman dalam bidang jahitan  yang luas dan berupaya untuk merekacipta pelbagaijenis beg  mengikut kehendak pelangan. Beg fesyen ini amat sesuai digunakan oleh remaja yang mempunyai jiwa ranggi dan gaya yang simple.
Sesuai untuk peringkat umur remaja dan mengikut padanan warna dan jenis kain yang diminati. 

(01) Beg sandang wanita

Mempunyai poket jeans yang asal yang boleh digunapakaidan zip pada bahagian dalam beg.
Dijahit dengan benang yang tahan lasak dan jahitannya kemas